MENJUAL BARANGAN/PAKAIAN TERPAKAI/BUNDLE DAN BARU.

Friday, July 13, 2012

Hukum Memakai tali leher sutera


From: Halim @genhq"
Assalamu'alaikum
Soalan saya begini:
Adakah tali leher yang dicetak diperbuat daripada 100% silk yang
berharga dalam lingkungan RM40 - 60 itu sama dengan sutera yang
diharamkan lelaki Islam memakainya?



Jawapan
(reprinted from jim homepage)
Hukum memakai sutera secara umum
Jumhur fuqaha' (majoriti ahli feqah) berpendapat ia adalah haram. Dalil-dalil hadis sahih melarangnya adalah banyak, antaranya:
HR Ahmad, IBn Hibban, Nasa'iy, Abu Daud, Ibn Majah dari Ali bin Abi Talib

Kedua-dua ini (baginda memegang emas dan sutera) diharamkan buat lelaki dari ummatku. HR Bukhari-Muslim dari Umar alKhattab:jangan siapa memakai sutera di dunia,niscaya tidak lagi memakainya di Akhirat.

Minoriti fuqaha' berpendapat tidak haram kerana berdalilkan amalan sahabat:
Segelintir sahabat, sebanyak dua puluh orang (20) memakai sutera antaranya Anas dan al Barra' (diriwayatkan dalam Sunan Abi Daud).

Tarjih oleh Imam Syawkani dalam Nailool Awthor:
Apabila digabungkan kesemua dalil hadis yang melarang dan dalil-dalil yang membolehkan, maka ia menujukkan makruh hukumnya memakai sutera. Ini terbukti dengan 20 orang sahabat yang memakainya, sedangkan tidak mungkin para sahabat memakai sesuatu yang diharamkan oleh syari'at.

Hukum memakai tie (tali leher) daripada 100% pure silk (sutera tulin):
Dalam hal ini kita membawa dalil hadis yang berbunyi:
HR Muslim dari Umar al Khattab bahawa RasuluLlah saw melarang memakai sutera kecuali pada tempat selebar dua, tiga atau empat jari..

Dalam kitab Nahjul Balaghah (Imam Ali), sedikit sutera utk lelaki adalah diharuskan, sebab itu adalah bab berpakaian, dan kemungkinan pakaian itu memerlukan sedikit sutera.

Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, Jld 2) berpendapat memakai sedikit sutera bagi lelaki adalah harus.

Rumusan:
Hukum haram sutera ialah bila kita memakai keseluruhan pakaian itu daripada sutera; tapi jika hanya tie saja yang diperbuat drpd sutera, maka ia adalah harus. Sebab tie itu hanyalah sebahagian kecil daripada pakaian keseluruhan kita yang tersiri daripada baju, singlet dan seluar serta kot.

Jumhur fuqaha juga bersependapat, jika fabrik pakaian seperti baju itu bercampur dengan sutera dan fabrik lain lebih banyak drpd sutera, ia juga adalah harus memakainya.

Rujukan:
Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
Imam Syaukani Nailool Awthor
Sunan Abi Daud bab Libas

reff;//http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab58.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...